Pages

Tuesday, May 29, 2012


Tidur Lebih Enam Jam Beri Kebaikan


LONDON: Tidur kurang dari enam jam setiap malam menggandakan risiko menghidap masalah kesihatan yang dikaitkan dengan penyakit jantung.

Kekurangan tidur didapati meningkatkan risiko sindrom metabolik, set gejala termasuk paras kolesterol tinggi, peningkatan tekanan darah, ukuran pinggang yang besar dan masalah mengawal paras gula dalam darah.

Sindrom itu dianggap sebagai amaran awal diabetes dan sakit jantung serta boleh ditangani dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan ubat.

Minggu ini, saintis melaporkan kadar kematian akibat sakit jantung di kalangan wanita muda berkemungkinan meningkat selepas menjunam mendadak selama beberapa dekad.

Doktor berkata, generasi wanita meletakkan kesihatan mereka dalam risiko dengan berterusan merokok, makan berlebihan dan tidak melakukan senaman.

Sakit jantung membunuh 105,000 orang di Britain setiap tahun dan 2.6 juta orang diketahui hidup dengan mengalami keadaan itu.
 Penyelidik Fakulti Perubatan Universiti Pittsburgh mendapati tempoh tidur turut ada kaitan dengan sakit jantung. Dalam satu kajian lain pula, penyelidik di Fakulti Perubatan Warwick di Coventry didapati kekurangan tidur meningkatkan kemungkinan menjadi obes.

Kedua-dua kajian disiarkan dalam jurnal Sleep. Masalah kurang tidur memberi kesan kepada keseimbangan hormon yang mengawal selera dan berasa kenyang selepas makan.

Profesor Psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Pittsburgh, Martica Hall, menyiasat gaya tidur 1,214 dewasa antara usia 30 hingga 54 tahun. – Agensi



Arghh nyenyaknya klu dpt tidur dgn lena kan!ahaksss



10 Resepi Cinta...
1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri apa yang aku hormati dalam diriku? Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.apa yang aku hormati dalam diri mereka?
3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir .Apa yang dapat aku beri?dan bukan Apa yang akan aku dapat?
4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..
6. Kekuatan untuk melepaskan
Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku.
7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : Aku cinta kamu. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?
8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
9. Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri .Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?jika jawapannya adalah tidak, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Thursday, May 17, 2012

Andainya Perempuan Tahu !

Sekarang ini, perempuan pulak perlu baca pasal lelaki.



- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!







Kenapa Perempuan Mudah Menangis???

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?”


Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”


Tuesday, May 8, 2012

Permulaan Sabar Adalah Pahit, Tetapi Akan Manis Akhirnya...

 

  • Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini...

  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan...

  • Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi... 

  • Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia...

 

        Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain

 


Lalat  Vs  Sizzling Yee Mee

Santai di petang hari !

Nak dijadikan cerita dahla kawan aku ni lapar tahap gaban tanah (^o^)
Masa dok tengah menunggu makanan yang sedang dimasak, dia pun pegi la bayar dulu makanannye tu!
alih2 masa dia pegi bayar sizzling yee mee tu, kawan aku yang duduk semeja dgn aku dok tengah perati kat benda alah ini!
hohhhh hitam2 ni menatang ape plak ni???kate kawan aku!!!aku yang muka dalam kelaparan sedang menjamah sizzling yee mee dengan selera teros terbantot untuk makan!

Ape lagi keadaan untuk makan terhenti seketika!!! kerana apa???


kerana seekor lalat!!!kegeliaan aku untuk makan teros terhenti!!!ceitttt mengong punye lalat!!!






Saje je kan ko lalat hinggap kat sizling yee mee kawan aku!
ke ko lapar sebab ko berselera sangat tengok sizzling yee mee kawan aku nih!


hahhhh jom kita cari dimana lalat itu berada!kalau dapat cari, saya belanja makan sizzling yee mee ! hahaha (^o^)


p/s : kawan-kawan lain kali, sebelum makan kena perati dulu dlm makanan tuh ! barulah boleh baca doa makan hik3


Terima Kasih Mak Mertua (^_^)

Episod semalam punye !

Hohoho (^O^) badan dahla letih-letih lepas balik keje kol 9 mlm smlm! Mulala tubuh badan nak penat la, longlai la, tak berdaya la, ermmm ngade-ngade kan ko tubuh badan! Hepppp
Kringgg kringgg kringgg sekali bunyik telefon dah! Ehhh en.asben aku plak telefon,
Meh saya kongsikan yer,

Saya : hello, knp pa?
En.pa : ma nanti lepas abes keje, kita singgah umah mak ye...
Saya : haaa penatlah, knp nak pegi sane? ( hellaaa tula dia mcm-mcm alasan kan! Harus hik3 )
En.pa : laaa kan mak baru balik dari langkawi, so mak ada belikan la buah tangan utk kita, nak pegi tak?
Saya : Oooooooo lupe plak! Jommmmm pa balek nnti kita pegi umah mak ye! Yipeee

Jeng3...sesudah sampai di umah mak mertua...

Mak mertua : jun ni jer mak belikan utk ko dan anak2..
Saya : owhh byk nye mak belikan, tak bagi mak duit dan kirim ape2 pun dapat ke,,arghh terharu jap! Ngade ko kan anak menantu ceittt !
Mak mertua : Ambikjerlaa ni, itu jer yang mak beli,, xtahu nak beli ape!

Hehe dapat yang dibawah pun dah cukup baik kan kawan-kawan! Harusla bersyukur (^_^)

tiga barang dari langkawi kan!

Nyummyyy nyummyyy yesss dapat coklat daim dan macam2 lagi gitu!
Uittt sape nak coklat meh sini kawan-kawan saya bagi sorang  satu k!


coklat made in langkawi la!


Yang ini plak untuk aku dan en.asben aku ! ermmm aku ke nak pakai kain batik nih hohoho time dalam pantang jer la aku pakai mak! Ishhh orang dah bagi dah cukup baik! lempang karang owhhh taknakla !

kain batik, kain sarong dan baju biru itu made in langkawi juge!

Yang logo biru cap dari langkawi tu baju utk anak-anak aku ! dah malas nak edit bagi besar baju itu!
Ermmm lupe dan hilang sekejap tubuh badan yang letih tadi kan! Ngade2kan, dapat jer semua ini barulah nak rasa happy kan! Jahat nye ko ! kuang3

p/s : sayangilah mak mertua sepertimana kawan-kawan semua sayangkan mak sendiri :)

Monday, May 7, 2012

Monday ooo Monday!

Sebenarnya, ramai yg berprasangka bgitu! ke aku je sorang yg berperasaan begitu! ermmm mane x nye last week dpenuhi hr2 yg gembira, almaklumlah cuti sakan mestilah nak enjoy holiday with family kan! yg bestnya pegi dating kan hoho  ^-_-^ ada yg attend org kawen la,ade yg nak kawen la hahaha haruslah seronok kan kwn2!kawenkan seumur hidup sekali! whatever la kengkawan nak buat ape dgn cuti itu!tp hr isnin korang jgn nak ngelat plak xmo gi sekolah,kolej dan keje  tau!

Dah tahu sgt strategi korang! nak2 plak hari ni hujan kan, sejuk sepoi2 bak dalam bilik ekon,ermmm mulala tarik selimut,emergency leave la,nak buat2 badan tak sihat la dlm ertikata nk demam kan! itu mula la taktik2 nk mintak mc dr doctor kan! hehehe pelik??? macamana sy tahu semua ni kan hohoho jawapannye : saya pun macam korang2 gak yg ade hati dan perasaan hahahaha kantoi!

Hak Untuk Bersuara @ Hak Untuk Diam Jer???

Kadang2 aku terfikir sejenak!!!

aku tak berapa suka untuk bersuara atas sesuatu perkara yang mana aku harus diam seketika! takkan la bila manusia dah melampau, aku nak jadi macamni jugak ker???
 

Kadang2 mcmtula manusia dikategorikan seperti pangkat, darjat dan apa keistimewaan masing2...
Jika kita tidak dikategorikan seperti itu, ini dan sebagainya! kita haruslah diam seketika dan fikirlah positif...ingatlah setiap apa yang berlaku ada hikmah dsebaliknya!
 
kalau nak kutuk agama, ingat balasan tersedia...
kalau nak kutuk raja, ingat kedaulatan yang ada..
kalau nak kutuk negara, ingat undang undang yang dicipta...
kalau nak kutuk manusia, ingat manusia ada perasaa...

Saturday, May 5, 2012

Cuti @ Keje @ Sekolah Mana Yang Best!!!

Ermmm apela soklan ni wahai mama id! hihihi kate tengah boring tu pasal la ayat pun senang kan! Confirmla budak2 darjah 1 pun boleh jawab hahaha... cuti tersangat2la best! bole bangun lewat kan, boleh jumpe kawan2 pastu boleh tgk wayang kan huhuhu...tapi bila ingat balik wayang lama sangat mama id tak kunjung kesana,, ermmm bukan pasal takmo pegi,, pasal anak dua orang takde sape nak jaga,, udah le kecik lagi,, takpelaa esok2 nanti anak dah besar bolelah ajak!! hohoho

Thursday, May 3, 2012

Salam Perkenalan & Jumpa Lagi Tau (^O^)

Hai kawan-kawan!Assalammualaikum (^_^)
Harapnya semua sihat2 dan ceria tau! pejam celik-pejam celik dah ke bulan MAY 2012...

Strategi!Pembaharuan dlm hidup ini mesti kena ada kan! dushhh2 knp lah tak boleh nak berfikir dgn baik nihhh!
owhhh tolong! plsss help me,, apa kate kita mkn dulu nak x?perut pun sgt lapau...

Perut ape kate kita makan hari ni nak x?
Jemput mkn kawan-kawan...


Blurppp...erkk kenyang la pulok! minta maaf kawan-kawan permisi utk ke dapur untuk saya minum air dulu yeah!

ermm ayat pun tonggang langgang lagi! almaklumlah first time nak decorate my blog...cian saya budak baru belajar la katakan hoho (^_^) anyway sambutlah salam dr saya utk kawan-kawan semua...(^o^)